Wizard of oz

Ramai usahawan baru beritahu saya – “Mahal la nak buat app & website.”

Jawapan saya: “Tak perlu buat power2 pun. Buat sekadar cukup nak uji idea.”

Buat nampak macam website tersebut fully automated. Tapi sebenarnya manual.

Sebagai contoh Zappos.com – sebuah e-commerce untuk kasut.

Apa yang founder Zappos buat pada fasa awal adalah beliau pergi ambil gambar kasut di kedai kasut.

Upload gambar ke website Zappos untuk jual.

Apabila ada pembeli, dia akan terus ke kedai kasut tersebut, beli kasut, dan courier kepada pembeli.

Pembeli mungkin nampak website ni power. Mungkin ada warehouse 10 ekar.

Tapi realitinya – sangat, sangat manual.

Tapi cukup untuk founder Zappos validasi bahawa ada pembeli mahu beli kasut secara online.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *