Wakil anak muda di National Economic Action Council (NEAC)

Alhamdulillah. Saya bersama sahabat2 Radzi Tajuddin & Hann Liew telah dilantik menjadi wakil anak muda dalam National Economic Action Council (NEAC) – sebuah badan tertinggi untuk merangka dasar dan polisi ekonomi Malaysia.

Kalau tuan/puan perasan, kami bertiga ada membuat satu cadangan berkenaan dengan penggunaan platform digital sedia ada untuk mengurangkan harga ikan & pada masa yang sama meningkatkan hasil nelayan.

Boleh dikatakan proposal di atas adalah sebagai ‘entrance exam’ ke NEAC dan rasa2nya kita pass la kot. Haha. Kami pun dah present proposal ini kepada KPDNHEP.

.

So far, kami hadir ke mesyuarat ini sebanyak 2 kali (8 Julai & 5 Ogos).

Waktu meeting kali pertama tu.. taktau la nak cerita tahap nervous tu camna.

Saya bermesyuarat dengan orang kerajaan pun jarang, apatah lagi level menteri, apatah lagi berdebat dan berbincang isu dengan Perdana Menteri + Jemaah Menteri.

Gugup.

Mesyuarat pertama saya tak berapa perform. Dapat tanya satu soalan je.

Topik2 yang dibincangkan tak berapa kena dengan ‘domain expertise’ saya yakni teknologi, isu2 anak muda, etc.

Yelah takkan nak main cakap je benda kita tak pandai. Confirm kena tembak sat gi.

Yang buat nervous, untuk cakap atau tanya soalan, pertama kita kena tekan “ON” kat microphone, angkat tangan dan tarik perhatian pengerusi dengan menyebut “Tun”.

Nak tarik perhatian lagi kena sebut banyak kali la “Tun, Tun, Tun”.

The moment Tun M tunjuk kepada kita dan beri laluan, semua ahli majlis akan pandang dan beri perhatian. Fuh, kalau tak biasa memang boleh flop.

Mesyuarat kedua baru-baru ini perform sikit. Bagi pendapat, tanya soalan bernas. Ok la, kira perform la sikit, ha ha.

.

Anyways, harap pelantikan kami ini dapat membawa suara anak muda serta isu-isu ekonomi digital dalam perangkaan dasar2 ekonomi negara.

Terima kasih kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kerana beri peluang kepada kami.

Sekiranya tuan/puan ada apa2 cadangan, boleh komen di bawah!

P.S: Wish I could share this news with you, Pa. We’d probably speak about it during our breakfast sessions and you’d give me tips on how to navigate this. Doing the best I can without you. I miss you. Al fatihah.