Vision board

Waktu team building TheLorry tempoh hari, trainer kami, Michael daripada Thriving Talents, menyarankan kami membuat “Vision Board”.

Kumpulkan gambar2 perkara/experience/target yang kita impikan dan tampal di satu board/kertas.

Boleh jadi satu nombor kekayaan (rm10 juta by 2030) yang kita inginkan.

Boleh jadi satu benda (rumah, kereta) yang kita inginkan.

Ataupun satu pengalaman (travel, membantu orang susah) yang kita inginkan.

Memandangkan saya generasi digital – saya buat dalam Powerpoint. 😁

Kemudian, lihat board kita hari-hari (saya tukar background pic handphone kepada Vision Board).

Feel it.

Remind yourself everyday.

Setiap hari kita lihat board kita, ianya ibarat doa. InsyaAllah dengan usaha ianya akan makbul.

P.S: Yang di bawah Vision Board saya. Impian saya adalah untuk naik 100 roller coaster berbeza di seluruh dunia. Yang lain rahsia lah. 😁

P.P.S: Sila cuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *