TheLorry & Endeavor Entrepreneur

Alhamdulillah. Dengan berkat doa isteri, keluarga dan kawan2, saya & Chee Hau diterima masuk ke dalam organisasi Endeavor (endeavor.org) sebagai #EndeavorEntrepreneur.

Endeavor ini paling mudah nak cerita adalah sebuah organisasi non-profit global untuk usahawan impak tinggi.

Lebih 1,800+ usahawan diterima masuk globally. Antaranya adalah Bukalapak (Indonesia, unicorn), MercadoLibre (Argentina, $31 billion market cap) dan Yemeksepeti (Turkey, dibeli dengan harga $589 million).

Di Malaysia, kita ada nama2 seperti Carsome, iMoney, Fashion Valet, Bateriku, Photobook dan 15 syarikat lain.

Peluang nak masuk hanyalah 1-2% dan kena go through proses (interview & pitching) yang panjang – kami sendiri mula proses ini pada bulan Februari 2015. 4 tahun+ baru setel.

.

Apa yang Endeavor Entrepreneur dapat? Selain daripada jaringan yang luas, kami berpeluang memperoleh akses kepada mentor2, advisor2, partner2, investor2 dan pekerja2 yang hebat2.

Harapan Endeavor adalah selepas kami ditolong, kami juga akan menolong usahawan2 baru yang masuk ke dalam proses pemilihan.

Untuk lepas jadi Endeavor Entrepreneur ni, kami perlu yakinkan 6 orang panelist (baca: final boss) dari serata dunia daripada segi nombor2, potensi dan keunikan TheLorry dalam sebuah event yang dinamakan International Selection Panel (ISP). ISP kali ini diadakan di Tokyo.

.

Pada waktu awal, kami seram sejuk juga tengok profile2 enam panelist kami:

• 4 orang VC & PE tegar dari US, UK dan Turkey.
• 1 usahawan otai di Egypt yang power dalam bidang Healthcare. Juga seorang Endeavor Entrepreneur.
• 1 jutawan Kenya yang control insurance di Kenya.

Tapi alhamdulillah semuanya OK dan keenam2 panelist setuju untuk terima kami sebagai Endeavor Entrepreneur (gambar 3). Voting ini kena sebulat suara – tak boleh 5-1 atau 4-2.

.

Antara perkara yang saya belajar dengan panelist2 kami waktu sesi feedback:

• Experience vs hunger. Bukan semua pekerja dengan 15-20 tahun pengalaman sesuai untuk syarikat kita. Cari yang ada FIRE untuk succeed. Itu lebih penting.

• Breadth vs depth. Nak buat bisnes di serata tempat/industri dan grow atau fokus kepada satu tempat/industri dahulu. Tiada jawapan betul. Bergantung kepada strategi.

• Strategy vs execution. Nak mendakit bukit (execution) atau nak memilih bukit mana nak daki (strategy)? Pada fasa growth, founders kena lebihkan strategy. Kurangkan “micro management”. Empower the team untuk buat keputusan sendiri. Follow-up daripada segi “micro information”, however, is OK.

.

P.S: Balik Malaysia je nak belasah makan steak. 6 hari makan sushi & seafood. Haha.

Tag: Endeavor Malaysia