SOP hadapi krisis

Saya yakin 100% usahawan akan hadapi krisis.
Daripada krisis operasi ke krisis pekerja sampailah ke krisis dengan pelanggan atau pembekal.
Tak campur lagi krisis luar kawalan seperti krisis ekonomi, krisis politik/kerajaan dan krisis wabak penyakit.
Apabila saya sendiri hadapi krisis2 ini, apa saya buat:
1. Keluarkan segala emosi
Bila dapat berita tentang krisis, secara natural kita akan beremosi – sedih, marah, kecewa etc. Kita manusia bukan robot. Bagi ruang. Luahkan & keluarkan. Nak nangis, nangis. Sama ada bersendiri atau bersama teman hidup.
2. Tenang
Dah habis beremosi? Ok, sekarang tenangkan fikiran. Otak kena clear untuk step2 berikut. Buat cara masing2, sama ada berzikir, dengar lagu atau apa saja.
3. Scenario mapping
Senaraikan semua perkara yang mungkin akan berlaku akibat krisis tersebut. Buat macam mind map.
Boleh senaraikan dari kemungkinan besar (markah 10) ke kemungkinan kecil (markah 1).
Step ini mungkin sangat tidak selesa. Kena hadap.
Contoh, krisis ekonomi gawat:
(a) Sales menjunam – 9/10
(b) Cashflow tercekik – 8/10
(c) Margin berkurang – 6/10
(d) Pekerja resign – 3/10
(e) Tutup syarikat – 4/10
4. Cari solusi
Apabila kita sudah faham isu2 dan akibat2nya, terus fikir solusi2 yang sesuai.
Of course, sounds easy to do on paper. Tapi realitinya, sukar. Bagi setiap solusi, macam2 perkara yang perlu difikirkan.
Contoh:
Sales menjunam —> Cari produk baru untuk dijual
(a) Modal?
(b) USP?
(c) Pelan go-to-market?
(d) Hubungan dengan pelanggan/pembekal?
(e) SOP baru pekerja?
Bagi setiap cabang (a), (b), (c) di atas, besar kemungkinan ada sub-cabang lain di bawahnya untuk diambil kira.
(a) Modal?
(i) Jual saham?
(ii) Terbit saham baru?
(iii) Pinjam bank?
(iv) Ambil duit simpanan?
Senaraikan semua. Lagi detail lagi bagus.
Pada tahap ini, mungkin buku nota tuan/puan sudah penuh dengan tulisan dan lakaran.
Di sini kalau boleh, tuan/puan cari peluang2 keemasan dalam krisis. Opportunities in crisis.
5. Buat
Perkara yang lebih teruk daripada membuat keputusan yang salah adalah tidak buat apa2 keputusan.
Setelah habis menganalisa dan sudah senaraikan solusi2 yang ada, pilih satu dan terus buat.
Jangan dilambatkan.
Jangan ada “analysis paralysis”
Terus buat!
.
P.S: Gambar bersama TF. Opportunity in crisis?
P.P.S: Back to old routine. Coffee. Newspaper. Writing. Off to work!