Skil ucapan & komunikasi Dr Zakir Naik

Saya banyak menghabiskan masa lapang waktu di universiti menonton video2 Dr Zakir di YouTube.
Hampir semua video beliau – daripada “Islam and Modern Science” sampailah ke “What is the Purpose of Life” – saya sudah khatam.
Kita serba tahu beliau memang pandai berucap & berdebat.
Di bawah adalah 3 perkara saya belajar daripada beliau dan saya praktik dalam pembentangan & ucapan saya sendiri:
.
1. Jangan guna rostrum
60% daripada komunikasi adalah komunikasi bukan lisan – seperti bahasa badan (body language).
Penonton akan lebih faham dengan isi yang hendak disampaikan sekiranya tidak ada “penghalang” seperti rostrum.
Tetapi – tuan/puan perlu ingat semua isi pembentangan tanpa bantuan teks.
.
2. Betul2 faham dan biasa dengan topik
Kalau kita lihat, Dr Zakir seaakan2 hafal segala isi yang nak disampaikan. Macam komputer.
Beliau mahir sebab sudah mengulang dan ulang semula (praktis) konten tersebut berbulan dan bertahun lamanya.
Saya pun cuba buat perkara yang sama:
(a) hanya akan beri ucapan awam untuk benda yang saya mahir sahaja (subject matter expert);
(b) praktis dan ulang berkali2 sebelum waktu pembentangan.
.
3. Ulang balik soalan
Apabila saya dapat soalan daripada hadirin saya akan ulang semula dan rumuskan dengan ayat sendiri.
Mengulang balik soalan yang diajukan daripada hadirin dapat:
(a) sahkan kita sendiri faham soalan;
(b) ulang balik soalan tersebut kepada hadirin yang lain supaya mereka tak ketinggalan.
(c) yang lebih penting, beri masa untuk memikir jawapan bagi soalan yang susah. Kah kah.