Skil komunikasi

Pernah tak tuan/puan mendengar pembentangan yang:
• Panjang dan berderet
• Penuh dengan ayat2 rumit dan jargon
• Last2 apa pun tak faham
• Mesej tak kesampaian
Bak kata mat salleh: “Talk so much but say so little.”
Antara sebabnya adalah gaya pembentang tak selari dengan demografik/cita rasa pendengar.
Ayat2 rumit dan jargon mungkin sesuai dalam situasi perbincangan akademik dan intelektual.
Tetapi untuk komunikasi harian dengan orang biasa2 – tidak sesuai.
Komunikasi yang efektif adalah apabila kedua2 pihak bercakap dengan frekuensi yang sama.
Ini apa yang saya buat:
1. Sebelum mesyuarat, sesi sembang2, sesi pembentangan atau sesi Zoom webinar – saya akan kaji sedikit dengan siapa saya bercakap – daripada segi umur, negara mana, bangsa apa, etc.
2. Saya akan sesuaikan cara bercakap dengan demografik tersebut (“mirroring”).
3. Kalau saya bercakap dengan anak muda — kemungkinan besar saya akan bercakap dengan gaya sempoi dan guna ayat2 masa kini.
4. Dengan auntie2 bangsa cina – kemungkinan besar saya akan lebihkan penggunaan “like that lorr”, “make sense maa”, “ya hor” dan terma2 bahasa cina umum yang saya tahu.
5. Orang Jepun, Amerika, China, Indonesia, Thailand – ada gaya2 yang saya akan guna untuk mirror mereka.
6. Saya suka guna ayat mudah. Mungkin kalau bercakap dengan CEO la kosa kata yang power2 keluar. Kalau tak ayat2 mudah saja.
7. Untuk menerangkan sesuatu perkara, saya suka guna contoh mudah. Pemilihan contoh yang kena dengan demografik juga memainkan peranan. Kalau saya bercakap dengan pelajar universiti – saya akan cari contoh berdasarkan hidup seorang pelajar.
8. Penghujung perbualan, perbincangan atau pembentangan – saya selalunya akan rumuskan/ulang balik poin penting supaya tidak ada salah faham