Self improvement

Tiga teori yang saya guna pakai untuk self improvement:
a) 10,000 jam
Tuan/puan mesti biasa dengar teknik ini.
Untuk menjadi mahir dalam sesuatu perkara, kita perlu laburkan masa sebanyak 10,000 jam daripada segi latihan & pengalaman.
Andaikan kita berlatih 8 jam sehari, makanya kita perlu 3 tahun++ untuk jadi betul2 world class.
Jangan frust kalau baru setahun kita tak dapat rentak lagi. Tahan dan teruskan!
b) Feynman technique
Senang cerita – Untuk tahu samada kita betul2 faham sesuatu konsep, kita mesti boleh mengajar orang lain – termasuk budak 7 tahun.
Sedar tak sedar, apabila saya berjumpa dengan usahawan2 baru dan saya bercerita pengalaman menyelesaikan masalah, teknik mengurus atau strategi bisnes – saya sebenarnya menambahbaik pengetahuan sendiri.
Tulisan2 di FB/IG juga sama. Lagi banyak menulis, lagi banyak belajar.
c) The more you know, the more you don’t know
Lagi dalam kita “menyelam”, lagi banyak kita sedar bahawa “lautan” ini masih dalam.
Jadi… jangan berhenti belajar!
.
P.S: Mengikut teori di atas. Untuk saya jadi champion FIFA20:
• 10,000 jam – so far tak sampai 200 jam. Saya lompat dari FIFA98 terus ke FIFA20. Ha ha.
• Boleh ajar orang lain – haritu ada offer nak ajar isteri dia takmau.
• Lagi banyak tahu lagi banyak tak tahu – Ya. Ingatkan dah power belajar dragback (R1 + belakang). Rupanya banyak lagi skill da..