Sedut ilmu

Semalam berguru dengan salah seorang usahawan level ratus juta tentang pengurusan syarikat.

“Nadhir, give me a pen and paper.”

Beliau pun lukislah bell curve seperti di bawah yang menunjukkan hayat sebuah syarikat dari awal sampai akhir.

Kemudian beliau tulis pula empat personaliti pengurus:
1. Producer (P) – seorang yang berfikir tentang results, results dan results.
2. Administrator (A) – seorang yang berfikir secara tersusun dan fokus kepada proses serta SOP
3. Entrepreneur (E) – seorang yang mempunyai visi dan idea gila
4. Integrator (I) – seorang diplomat, yang dapat bekerjsama dengan semua orang dan bina culture bagus

Beliau kata:

Waktu awal penubuhan syarikat personaliti “E” perlu lebih dominan.

Setelah produk sudah dilancarkan – personaliti “P” dan “E” perlu kuat.

Apabila sudah ada revenue dan sedikit stabil, personaliti “A” dan “I” pula ambil alih untuk menguruskan syarikat dengan baik.

Dan apabila syarikat sudah tepu atau mature, personaliti “P” dan “E” akan kembali untuk beri visi dan nyawa baru kepada syarikat.

Tanya diri – personaliti kita yang paling dominan apa? Yang kedua dominan?
Dan apa pula peringkat syarikat kita?
Susun sebaiknya!

Untuk info lanjut boleh rujuk: https://www.mindtools.com/pages/article/paei-model.htm

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *