Teknik Pengiklanan Google Adwords Menggunakan “Long Tail”

Google AdWords adalah antara strategi pemasaran kegemaran saya. Sekarang ini, apa sahaja perkara yang perlukan jawapan atau pencerahan kita akan “Google”. Sebagai contoh:

“Eh bro, apa nama player yang botak, dulu main kat MU, posisi midfield tu?”

“Jap bro. Aku Google”

*Google search: “bald, midfield, man united player”*

“Juan Sebastian Veron, bro.”

Daripada segi pemasaran pula, Google AdWords membolehkan kita untuk mengiklankan produk bagi kata kunci (keyword) tertentu. Sebagai contoh, sekiranya kita buat bisnes servis aircon, kita mungkin akan mengiklankan servis kita apabila pelanggan menaip “aircon service” di google.

 

Iklan untuk “aircon service” dalam kotak merah

 

Masalahnya, sekarang ini sudah terlalu ramai orang mengiklankan produk mereka di Google AdWords, terutamanya untuk kata kunci umum. Kita perlu bersaing dengan orang lain untuk memastikan iklan kita berada di atas ataupun sekurang-kurangnya muka surat 1.

Namun begitu, bukan semua pengguna akan menaip “aircon service”. Sekiranya mereka tinggal di Mont Kiara, mungkin mereka akan menaip “aircon service in mont kiara” untuk mendapatkan butiran syarikat yang beroperasi khusus di kawasan tersebut.

Carian Google untuk “aircon service in mont kiara”

Kata kunci seperti “aircon service in mont kiara” inilah yang dipanggil kata kunci “long tail” atau kata kunci khusus.

Gambar daripada backlinko.com

Kata kunci yang lebih khusus mempunyai persaingan yang sedikit dan kadar klik (CTR) yang tinggi.

Formula click through rate (CTR) adalah:

(Berapa orang yang klik iklan tersebut / Berapa orang yang nampak iklan tersebut) x 100

Bagi pendapat saya, sekiranya Hang Seng Air-Cond boleh mengubah iklan mereka daripada “Hang Seng Air-Cond — hangsengaircond.com” kepada sesuatu yang ‘menjawab’ carian pelanggan seperti:

Aircon Service In Mont Kiara — hangsengaircond.com
We Service Home & Office Aircon. Having Great Promotion Now, Call Us!

Saya jangkakan mereka akan dapat peningkatan daripada segi CTR untuk carian “aircon service in mont kiara”.

Jadi, pada pendapat saya, untuk mendapat CTR yang tinggi, kita perlu membuat iklan untuk kata kunci khusus yang juga ‘menjawab’ carian pelanggan tersebut.

Untuk menunjukkan bagaimana taktik ini digunakan, saya membuat satu eksperimen dengan bisnes pakaian bayi isteri saya — Ala Comelnya.

Eksperimen Kata Kunci Khusus

Untuk eksperimen ini, saya memilih kata kunci ‘baju baby’ sebagai kata kunci kepala atau “head keyword”.

Obkjektif eksperimen: Untuk dapatkan 10%+ CTR bagi kata kunci khusus ‘baju baby’

Seperti contoh aircon di atas, tidak semua akan menaip ‘baju baby’ sahaja di carian Google. Mereka mungkin mencari sesuatu yang khusus dan tugas kita adalah untuk memastikan iklan kita keluar apabila kata kunci khusus ini dicari.

Jadi di mana boleh kita cari kata kunci khusus ini?

#1 Google Keyword Planner

Google Keyword Planner adalah alat percuma untuk mengetahui statistik tentang sesuatu kata kunci dan juga untuk mencari kata-kata kunci yang berkaitan.

Cadangan kata kunci untuk ‘baju baby’ — Google Keyword Planner

Jadi daripada sini saya nampak antara kata kunci khusus yang saya boleh iklankan adalah ‘baju baby girl’, ‘baju baby boy’ dan ‘baju baby newborn’. Tetapi saya rasa masih ada kata kunci khusus lain yang masih ada potensi.

Sebagai pelengkap saya menggunakan satu lagi alat untuk mencari kata-kata kunci khusus:

#2 KeywordTool.io

KeywordTool.io, ciptaan kawan saya Adam Leow, membolehkan kita mencari kata-kata kunci khusus mengunakan data Google AutoSuggest.

Carian kata khusus ‘baju baby’ di KeywordTool.io

Di atas merupakan hasil apabila kita menaip kata kunci ‘baju baby’. Kata kunci khusus “Top 10″ dipaparkan di dalam kotak berwarna merah. Banyak lagi kata kunci yang berpotensi yang boleh kita dapat melalui alat ini.

Setelah membuat sedikit kajian dan membuang kata kunci yang tidak relevan untuk bisnes ini, saya membuat keputusan untuk membuat iklan bagi kata-kata kunci di di bawah:

Kumpulan 1: (Control)
“baju baby”

Kumpulan 2: (Gender Girl)
“baju baby girl”
“baju baby girl murah”
“baju baby girl online”
“baju baby girl terkini”
“baju baby girl branded”

Kumpulan 3: (Gender Boy)
“baju baby boy”
“baju baby boy murah”
“baju baby boy online”
“baju baby boy terkini”
“baju baby boy branded”

Kumpulan 4: (Newborn)
“baju baby newborn”
“baju baby baru lahir”
“baju baby newborn murah”
“baju baby baru lahir murah”

Saya pastikan setiap jenis kumpulan mempunyai teks iklan yang berbeza untuk ‘menjawab’ carian pelanggan berpotensi. Seperti di atas, carian pelanggan adalah “baju baby girl” jadi teks iklan “Baju Baby Girl Di Sini” akan dipaparkan.

Inilah hasilnya setelah menjalankan pengiklanan selepas 3 hari:

Hasil eksperimen kata kunci khusus

Eksperimen di atas menunjukkan bahawa lebih khusus (3 perkataan ke atas) sesuatu kata kunci itu, lebih tinggi kadar klik (CTR) yang kita akan dapat. Kata kunci seperti “baju baby girl murah” mendapat 20% CTR.

TETAPICTR yang tinggi tidak bermakna langsung sekiranya “cost per customer acquisition” kita lebih tinggi daripada “lifetime value of a customer”. Dalam erti kata yang lain, sekiranya kita membayar secara purata RM20 untuk mendapat pembelian daripada seseorang pelanggan dan keuntungan jangka panjang secara purata oleh seseorang pelanggan hanya RM10, maka kita perlu kaji semula model perniagaan kita — sama ada untuk mengurangkan kos ataupun menaikkan margin. Huraian topik ini agak panjang jadi boleh baca di sini sekiranya berminat.

Saya menggunakan strategi yang sama untuk startup saya TheLorry.com dan alhamdulillah keputusannya bagus.

Sekiranya anda anda apa-apa komen mengenai artikel ini boleh email saya di nadhir@thelorry.com atau add saya di Facebook — Nadhir Ashafiq

Wallahualam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *