Pengalaman mengurus team (kemaskini Feb 2020)

2 tahun lepas saya ada tulis tentang aktiviti2 pengurusan saya sebagai founder yang terbahagi kepada tiga fasa – daripada 0 pekerja hinggalah 55 pekerja.

TheLorry kini sudah 145 orang (2.6x pertumbuhan) dan beroperasi di empat buah negara – Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapore (penambahan Indonesia dalam operasi) berbanding 2 tahun lepas.

Pertama sekali staff yang ramai bukanlah tanda ukur kejayaan sesebuah syarikat. In fact, lagi banyak masalah yang datang adalah. Trust me on this.

Cuma sekarang ini kami dalam fasa growth dan sedang membuat sedikit pelaburan untuk jangka panjang. Game kami sedikit berbeza.

Kedua, macam2 pembaharuan yang dilakukan sejak 2 tahun lepas. Inisiatif yang berkesan untuk fasa 55 orang tidak lagi berkesan apabila sudah 145 orang.

Akan saya huraikan di bawah.

Tulisan asal di sini: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10155543755748892

.

Pengalaman pengurusan ~6 tahun ini boleh dibahagi kepada lima fasa:

.

Fasa pertama (0 – 10 pekerja)
———————————-

[Tugas2 Founder]
+ Founders handle semua department
+ Fokus kepada kerja/execution (tak ada masa nak fikir strategi)
+ Style pengurusan lebih kepada micro manage (teliti semua perkara)
+ Travel untuk dapatkan lebih ramai pengusaha lori

[SOP]
+ SOP tak wujud

[Meeting]
+ Satu meeting untuk seluruh syarikat

[Komunikasi]
+ Komunikasi syarikat melalui WhatsApp

[Target/Insentif]
+ Tiada target & insentif

[Demografi staff]
+ Majoriti fresh grad & kawan2

[Hubungan antara staff]
+ Lebih personal dengan semua team members

.

Fasa kedua (11 – 30 pekerja)
———————————-

[Tugas2 Founder]
+ Head of Department (HOD) sudah dipilih dan diberi kuasa, Founders fokus kepada satu/dua department sahaja
+ Fokus kepada execution dan strategic thinking
+ Style pengurusan 50-50 micro/macro
+ Travel untuk dapatkan lebih ramai pengusaha lori + fundraising

[SOP]
+ SOP asas – verbal

[Meeting]
+ HOD meeting mingguan
+ Town Hall bulanan

[Komunikasi]
+ Komunikasi syarikat melalui WhatsApp & Email

[Target/Insentif]
+ Tiada target & insentif

[Demografi staff]
+ Majoriti fresh grad & kawan2

[Hubungan antara staff]
+ Masih boleh personal dengan beberapa team members

.

Fasa ketiga (31 – 55 pekerja)
———————————-

[Tugas2 Founder]
+ 100% empower hal ehwal operasi kepada Country Managers – Malaysia, Singapore, Thailand
+ Fokus kepada strategic thinking dan expansion
+ Style pengurusan 80% macro. (Ada la beberapa orang kena micro sket)
+ Travel untuk kembangkan syarikat & fundraising

[SOP]
+ SOP asas – bertulis

[Meeting]
+ HOD meeting mingguan
+ Town Hall bulanan

[Komunikasi]
+ Komunikasi syarikat melalui WhatsApp & Email

[Target/Insentif]
+ Target bulanan & insentif KPI bulanan

[Demografi staff]
+ 80% fresh graduate – 20% staff berpengalaman

[Hubungan antara staff]
+ Kurang personal dengan team members

.

Fasa keempat (56 – 100 pekerja)
———————————-

[Tugas2 Founder]
+ 100% empower hal ehwal operasi kepada Country Managers – Malaysia, Singapore, Thailand & Indonesia (tambah 1)
+ Fokus kepada strategic thinking dan expansion
+ Style pengurusan 80% macro – lebih kepada memberi motivasi, menyelia, memantau, membantu menyelesaikan masalah
+ Travel untuk setup operasi di luar negara & fundraising

[SOP]
+ SOP menyeluruh – bertulis

[Meeting]
+ Country-level HOD meeting mingguan
+ Tiada regional-level HOD meeting
+ Town Hall bulanan

[Komunikasi]
+ Komunikasi syarikat melalui Basecamp

[Target/Insentif]
+ Target 3 bulan & insentif KPI 3 bulan

[Demografi staff]
+ 30% fresh grad + 50% staff berpengalaman + 10% staff senior

[Hubungan antara staff]
+ Kurang personal dengan team members

.

Fasa kelima (101 – 145 pekerja)
———————————-

[Tugas2 Founder]
+ 100% empower hal ehwal operasi kepada Country Managers – Malaysia, Singapore, Thailand, Indonesia
+ Fokus kepada strategic thinking dan expansion
+ Style pengurusan 80% macro – lebih kepada memberi motivasi, menyelia, memantau, membantu menyelesaikan masalah
+ Menstruktur semula carta organisasi
+ Travel untuk kembangkan syarikat di luar negara

[SOP]
+ Tak ada SOP = mati

[Meeting]
+ Country-level HOD meeting mingguan
+ Regional-level HOD meeting dua minggu sekali (physical/concall)
+ Town Hall bulanan

[Komunikasi]
+ Komunikasi syarikat melalui Basecamp

[Target/Insentif]
+ Target 3 bulan & insentif KPI 3 bulan

[Demografi staff]
+ 30% fresh grad + 50% staff berpengalaman + 10% staff senior

[Hubungan antara staff]
+ Ada staff yang tak kenal dan tak pernah jumpa, terutama di luar negara

.

P.S: Akan dikemaskini semula sekiranya kami cecah 200 orang. Mungkin tahun depan, insyaAllah.