Pelaburan & keusahawanan

Saya memang sangat minat & teruja dengan pasaran kewangan – saham, komoditi, dll – sejak dari sekolah menengah.
Bagi saya pasaran kewangan ini seolah2 game puzzle & strategy – ada “hadiah” menanti sekiranya dapat selesaikan.
Pada waktu itu, walaupun tak faham 100% tapi saya banyak baca tulisan2 daripada Warren Buffet, Peter Lynch & Joey Greenblatt.
Di Malaysia pula tulisan Tan Teng Boo (icapital) juga blogger2 seperti Malaysia-Finance, Samgang, Investmoolah. Bab syariah pula Ustaz Zaharuddin, Pakdi, dll.
Saham pertama yang saya beli adalah MAXIS. Beli RM8++ jual RM11.50. Mantra yang saya pegang: “Buy what you know” (walaupun waktu itu pengguna Celcom).
In fact, cita2 awal saya adalah untuk menjadi fund manager. Career path: research analyst —> fund manager.
Tetapi, itulah, kita hanya boleh merancang. Lambat laun saya sedar jiwa saya lebih sebati dengan keusahawanan.
Saya tertarik dengan peluang mencipta sesuatu. Creating something from nothing. Creating value. Creating opportunities. Creating impact.
Sejak bekerja dan jadi usahawan ni tinggal langsung bab pasaran kewangan. Sekadar baca2 ringan di surat khabar. Tak mendalam. Parking duit dekat produk ASNB.
Minat kepada pasaran kewangan ini membuak kembali sejak PKP.
Dengan lensa keusahawanan, teori2 financial analysis & market sentiment yang saya baca dahulu jadi lebih terang. Dulu tak faham, sekarang jadi faham.
Bila kita dah luangkan masa membina dan “menjual” syarikat, kita lebih faham bagaimana pelabur berfikir & apa sebenarnya mereka mahu.
Kalau lihat teori quadrant Robert Kiyosaki dia kata untuk jadi “I” (Investor) yang bagus perlu terlebih dahulu jadi “B” (Business Owner) yang bagus.
Mungkin selepas ini (dalam 5-10 tahun lagi) saya boleh realisasikan impian awal saya untuk menjadi fund manager?
P.S: Minggu lepas baru sahaja beli saham Tesla, Inc. Come on $1,000! Haha.