Goreng

Hari tu ada orang tanya saya: “Macam mana nak goreng eh, Nadhir?”

Goreng dalam konteks ni impromptu speech.

Bagi topik – terus idea dan ayat akan keluar dan tersusun rapi. Berbunga2 lagi.

Jawapan saya: “Lagi banyak kita tahu subject matter/topik tersebut, lagi senang nak goreng.”

Yelah, kita dah bercakap dan berfikir pasal benda tu berulang-ulang kali.

Lagi senang nak goreng juga kalau kita sentiasa baca dan update dengan isu2 semasa.

Kalau ada yang minta saya bercakap pasal bisnes – macam2 saya boleh goreng. Tambah kicap dan ajinomoto lagi.

Kalau bercakap tentang fesyen ke. Artis ke. Human rights ke. Govt policy ke. Fuh mampuh tak reti.

P.S: Antara orang yang paling power goreng dalam Lembah Klang ni yang pernah saya tengok adalah Azri Zahier Azmi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *