Equity crowdfunding

Memandangkan saya sendiri dalam mood ‘fundraising’, marilah saya bercerita sedikit tentang salah satu cara alternatif untuk kita mencari dana pelaburan – iaitu equity crowdfunding.

Konsepnya mudah saja.

1. Radzi Fixers Sdn Bhd mahukan pelaburan untuk beli aset, kembangkan operasi atau mahu melancarkan produk baru.

2. Mereka pun mengeluarkan ‘prospectus’ yang mengandungi pelan bisnes untuk diedarkan kepada umum/‘crowd’.

3. Sesiapa sahaja boleh melabur sekiranya mereka percaya dan berminat dengan pelan bisnes Radzi Fixers Sdn Bhd tersebut.

4. Radzi Fixers Sdn Bhd pun memberikan saham/ekuiti kepada pelabur-pelabur berdasarkan nilai yang ditetapkan. Contoh: RM10,000 = 1%.

5. Platform equity crowdfunding pula akan mengambil sedikit yuran daripada nilai pelaburan yang diperoleh.

Yang bagus:


+ Dapat menggunakan jaringan-jaringan platform tersebut serta orang umum untuk mencari dana pelaburan
+ Proses yang mudah dan singkat
+ Pelabur yang ramai bermakna syarikat dapat menggunakan jaringan serta kepakaran mereka untuk mengembangkan bisnes

Yang tidak berapa bagus:
– Nombor-nombor operasi akan dipaparkan secara umum (kepada pesaing juga)
– Perlu melayan dan menjawab soalan-soalan daripada lebih ramai orang

Di Malaysia, Securities Commission (SC) sudah meluluskan enam platform untuk menawarkan servis equity crowdfunding – antaranya pitchIN dan Crowdo.

Antara syarikat yang sudah berjaya mendapat dana daripada equity crowdfunding adalah Kakitangan (RM1.5 juta), Babydash (RM2.0 juta), MyCash Online (RM1.3 juta) dan Signature Market (RM1.5 juta).

Sekiranya tuan/puan berminat hendak mencari dana melalui equity crowdfunding silalah hubungi CEO pitchIN, Shamsul Jafni Shafie (Sam).

Cuba try sebut nama saya – mana tau dapat diskaun. Ha ha. 😁

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *