Goreng

Hari tu ada orang tanya saya: “Macam mana nak goreng eh, Nadhir?”

Goreng dalam konteks ni impromptu speech.

Bagi topik – terus idea dan ayat akan keluar dan tersusun rapi. Berbunga2 lagi.

Jawapan saya: “Lagi banyak kita tahu subject matter/topik tersebut, lagi senang nak goreng.”

Yelah, kita dah bercakap dan berfikir pasal benda tu berulang-ulang kali.

Lagi senang nak goreng juga kalau kita sentiasa baca dan update dengan isu2 semasa.

Kalau ada yang minta saya bercakap pasal bisnes – macam2 saya boleh goreng. Tambah kicap dan ajinomoto lagi.

Kalau bercakap tentang fesyen ke. Artis ke. Human rights ke. Govt policy ke. Fuh mampuh tak reti.

P.S: Antara orang yang paling power goreng dalam Lembah Klang ni yang pernah saya tengok adalah Azri Zahier Azmi

Kalau saya tulis buku sendiri – konten dia lebih kurang macam ini lah!

Buku ini ditulis oleh dua sahabat saya Ahmad Zakwan (Bantu.my) & Shahrir Bahar (Semuanya Bola).

Menceritakan tentang validasi, strategi membuat duit (monetization) dan nasihat2 berguna.

Bukunya 89 muka surat tapi tak berapa panjang. Boleh habiskan semua dalam masa sejam.

Baiknya:
+ Strategi step-by-step untuk validasi
+ Real story kesilapan/kegagalan
+ Nasihat2 founder yang “been there, done that”

Boleh diperbaiki:
– Lebih gambar dan visual

Nak beli? Boleh pergi ke link ni: www.nadhir.me/startupbawah500

Equity crowdfunding

Memandangkan saya sendiri dalam mood ‘fundraising’, marilah saya bercerita sedikit tentang salah satu cara alternatif untuk kita mencari dana pelaburan – iaitu equity crowdfunding.

Konsepnya mudah saja.

1. Radzi Fixers Sdn Bhd mahukan pelaburan untuk beli aset, kembangkan operasi atau mahu melancarkan produk baru.

2. Mereka pun mengeluarkan ‘prospectus’ yang mengandungi pelan bisnes untuk diedarkan kepada umum/‘crowd’.

3. Sesiapa sahaja boleh melabur sekiranya mereka percaya dan berminat dengan pelan bisnes Radzi Fixers Sdn Bhd tersebut.

4. Radzi Fixers Sdn Bhd pun memberikan saham/ekuiti kepada pelabur-pelabur berdasarkan nilai yang ditetapkan. Contoh: RM10,000 = 1%.

5. Platform equity crowdfunding pula akan mengambil sedikit yuran daripada nilai pelaburan yang diperoleh.

Yang bagus:

Continue reading “Equity crowdfunding” »

Nouman Ali Khan – pakar content marketing

Siapa tidak kenal Nouman Ali Khan, founder dan CEO Bayyinah, satu muka yang biasa kita nampak di Youtube dan FB.

Misi beliau adalah untuk meningkatkan pemahaman umat Islam dalam pengajian Quran dan juga bahasa Arab.

Yang bestnya – dia mengajar dengan gaya bersahaja dan gemar menggunakan contoh-contoh simple (atau dalam bahasa beliau – ‘silly examples’) untuk mudah difahami.

Dalam posting ini saya nak cerita sedikit perjalanan saya, daripada mengenal beliau, mendengar content beliau sehinggalah saya menjadi subscriber Bayyinah.tv ($11 sebulan).

Satu case study yang sangat bagus untuk para marketer yang mahu menggunakan content untuk tarik pelanggan.

KRONOLOGI:

Continue reading “Nouman Ali Khan – pakar content marketing” »

Cara approach VIP di majlis

Sekiranya ada VIP di majlis networking ataupun forum boleh membantu bisnes atau personal growth tuan/puan – boleh cuba tips di bawah:

1. Mentaliti

Rileks. VIP ni manusia juga sama macam tuan/puan. Tarik nafas panjang2 dan hilangkan nervous tu.

2. Approach

Ada tiga cara:

+ Teknik serbu
Sebaik saja VIP turun dari pentas, terus serbu dan mula buat pitch.

+ Teknik camping
Tunggu VIP di pintu keluar atau laluan dia hendak keluar.

+ Teknik intro
Dalam majlis networking, cari kenalan yang boleh kenalkan/buat introduction kepada VIP tersebut.

3. Pitch

Continue reading “Cara approach VIP di majlis” »