Body language

Baru-baru ni banyak baca material tentang body language.

Bagaimana nak “baca” bahasa non-verbal. Yang tidak diungkapkan dengan kata-kata.

Berguna untuk diaplikasikan waktu interview, meeting dan pitching.

Contoh di bawah – lengan dan kaki bersilang – ini barang kali individu tersebut tidak mahu mendengar lagi proposal atau menyambung perbualan.

10 july

Wizard of oz

Ramai usahawan baru beritahu saya – “Mahal la nak buat app & website.”

Jawapan saya: “Tak perlu buat power2 pun. Buat sekadar cukup nak uji idea.”

Buat nampak macam website tersebut fully automated. Tapi sebenarnya manual.

Sebagai contoh Zappos.com – sebuah e-commerce untuk kasut.

Apa yang founder Zappos buat pada fasa awal adalah beliau pergi ambil gambar kasut di kedai kasut.

Upload gambar ke website Zappos untuk jual.

Apabila ada pembeli, dia akan terus ke kedai kasut tersebut, beli kasut, dan courier kepada pembeli.

Pembeli mungkin nampak website ni power. Mungkin ada warehouse 10 ekar.

Tapi realitinya – sangat, sangat manual.

Tapi cukup untuk founder Zappos validasi bahawa ada pembeli mahu beli kasut secara online.

Vision board

Waktu team building TheLorry tempoh hari, trainer kami, Michael daripada Thriving Talents, menyarankan kami membuat “Vision Board”.

Kumpulkan gambar2 perkara/experience/target yang kita impikan dan tampal di satu board/kertas.

Boleh jadi satu nombor kekayaan (rm10 juta by 2030) yang kita inginkan.

Boleh jadi satu benda (rumah, kereta) yang kita inginkan.

Ataupun satu pengalaman (travel, membantu orang susah) yang kita inginkan.

Memandangkan saya generasi digital – saya buat dalam Powerpoint. 😁

Kemudian, lihat board kita hari-hari (saya tukar background pic handphone kepada Vision Board).

Feel it.

Remind yourself everyday.

Setiap hari kita lihat board kita, ianya ibarat doa. InsyaAllah dengan usaha ianya akan makbul.

P.S: Yang di bawah Vision Board saya. Impian saya adalah untuk naik 100 roller coaster berbeza di seluruh dunia. Yang lain rahsia lah. 😁

P.P.S: Sila cuba!

Power of content

1. Anak tengok My Little Pony dekat YouTube (free)

2. Pergi Tesco nampak My Little Pony dekat bahagian mainan

3. “Ayah nak My Little Pony”

4. “Ok, kakak..”

5. Ayahnya pun belilah patung My Little Pony buatan China yang berharga RM50.

Menulis artikel / post di FB

Pengguna internet, terutamanya pengguna smartphone kebiasaannya hanya “scan” konten yang disajikan di newsfeed/blog dan mencari keyword-keyword penting untuk meneruskan minat membaca.

Jadi sekiranya mereka nampak perenggan yang tiada spacing seperti perenggan ini, ada peluang mereka tidak akan baca (melainkan mereka minat betul dengan penulisnya).

Perenggan yang tiada spacing juga nampak sibuk dan kelam kabut. Saya sendiri pening baca perenggan ni. Kalau saya nampak perenggan macam ini di FB saya tidak akan baca haha.

Rugilah kalau perenggan kita panjang dan tiada spacing macam ini. Rasa macam tembok. Hmm.

Sebaiknya artikel / post mempunyai perenggan yang pendek.

Mungkin satu ke dua ayat sahaja. Macam ini.

Continue reading “Menulis artikel / post di FB” »

11 Movies & Shows Entrepreneurs Should Watch For Inspiration

Being an entrepreneur is not easy. There’s so much going on during the week you just need a “release” during the weekend.

Personally, I watch a lot of movies & shows just to do that. Here are some of my favourites that will leave you feeling inspired!

#1 Wall Street (1987)

My all-time favourite. Watch Gordon Gekko’s wheeling and dealing and the persistence of Bud Fox in getting a meeting with Gordon.

Favourite scene: The BlueStar Airline scene when they pumped the share price up, brought it back down and the commotion that followed.

#2 Narcos (2015)

Yes, this show is about drugs and crime. But Narcos is also an amazing depiction of entrepreneurship – how to build a network, formulating profitable strategies and thinking big.

Favourite scene: When Escobar told “Cockroach” that he hasn’t got vision. Cockroach was looking to sell product locally while Escobar wanted to export to the USA. “If it costs ten dollars a gram here… imagine how much it will sell for in Miami.”

Continue reading “11 Movies & Shows Entrepreneurs Should Watch For Inspiration” »