Cara approach VIP di majlis

Sekiranya ada VIP di majlis networking ataupun forum boleh membantu bisnes atau personal growth tuan/puan – boleh cuba tips di bawah:

1. Mentaliti

Rileks. VIP ni manusia juga sama macam tuan/puan. Tarik nafas panjang2 dan hilangkan nervous tu.

2. Approach

Ada tiga cara:

+ Teknik serbu
Sebaik saja VIP turun dari pentas, terus serbu dan mula buat pitch.

+ Teknik camping
Tunggu VIP di pintu keluar atau laluan dia hendak keluar.

+ Teknik intro
Dalam majlis networking, cari kenalan yang boleh kenalkan/buat introduction kepada VIP tersebut.

3. Pitch

Tuan/puan ada beberapa saat sahaja untuk membuat impression.

a) Intro (2 saat)
Kenalkan diri dan nama syarikat sambil hulur name card.

b) Explain (2 saat)
Bisnes apa yang tuan/puan buat dan apa kaitannya dengan VIP tersebut

c) Ask (2 saat)
Nyatakan hasrat. Mahukan kolaborasi/perjumpaan/investment.

d) Hope
Tunggu respon daripada VIP tersebut. Sekiranya dia minat dia akan beri name card dan arahan selanjutnya. Ataupun dia akan minta staff untuk follow-up.

Sekiranya dia tak minat biasanya dia akan angguk2 dan jalan. (Biasa kena)

4. Follow up

Hantar email/buat panggilan untuk finalisekan perjumpaan

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *