3 strategi dapatkan liputan media untuk syarikat kita

Media – online mahupun arus perdana – sentiasa mencari konten/berita/cerita yang menarik untuk pembaca/pendengar mereka.

Sekiranya kita ada cerita yang bagus – sama ada produk yang inovatif, kisah jatuh/bangkit, pencapaian yang boleh dibanggakan – ini semua konten yang bagus untuk para media.

Tetapi bagaimana nak pastikan kita dapat liputan?

⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀

1. “Gaya tak malu”

Cara ini senang tapi memerlukan hati yang kental (muka tak malu). Bagaimana?

Dengan membuat senarai wartawan/produser/editor media yang kita nak sasar dan hantar emel/FB message/linkedin kepada mereka dan cerita perihal syarikat kita.

Antara template yang boleh kita guna:

“Salam [wartawan], nama saya [nama] daripada [syarikat]. [Elevator pitch di sini. Boleh google apa itu elevator pitch]. Baru-baru ini, [cerita kejayaan, cerita produk baru]. Saya berpendapat cerita di atas dapat memberi manfaat kepada pembaca tuan/puan. Sekiranya tuan/puan ingin tahu dengan lebih lanjut boleh hubungi saya di [contact details].”

Keberkesanan gaya tak malu ini bagi saya minima. Daripada 10 emel/FB message/linkedin kita hantar mungkin 2-3 akan respon dan 1 akan buat liputan.

Apa2 pun – belum cuba, belum tahu!

⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀

2. “Bro, tolong kenalkan aku dengan…”

Ha, cara ini tahap keberkesanan dia tinggi sedikit.

Lebih kurang sama seperti di atas, tetapi dengan menggunakan orang tengah/introducer/referrer untuk kenalkan kita dengan pihak media.

Lagi berpengaruh referrer tersebut lagi tinggi peluang untuk mendapat liputan media!

Sekiranya tuan/puan rujuk kepada post saya sebelum ini: https://www.facebook.com/598083891/posts/10156373087648892 – majoriti liputan media yang TheLorry peroleh adalah dengan menggunakan teknik ini.

⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀

3. “Thought leader”

Media sentiasa mencari konten2 yang menarik.

Jadi sekiranya tuan/puan adalah seorang “thought leader” atau pakar dalam sesuatu subjek (contoh: hartanah, pelaburan, bisnes, fesyen, poligami etc) – media naturally akan cari untuk melengkapkan ‘story’ mereka.

Nak jadi status “thought leader” ni kena banyak menulis dan bercakap. Pendek cerita kena jadi “media friendly”.

Bagi yang nak guna strategi ini – dah boleh start menulis di FB, Insta atau blog!

Tulis je apa2 pendapat yang sesuai. Sekiranya tulisan itu bermanfaat, insyaAllah ramai akan share!

⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀

Cara “bonus”:

Tulis (komen isu semasa/sensitif) atau lakukan aksi2 (tik-tok pelik2 ke) yang kontroversi. Ha cara ini pun senang juga dan ternyata berkesan untuk dapatkan perhatian.

Secara peribadi – saya cuba jauhkan diri daripada cara “bonus” ini. Ini prinsip peribadi.

Kalau lihat media sosial saya – saya jarang/tidak akan komen isu2 semasa/sensitif. Saya lebih suka sharing benda bermanfaat.

Lagipun, bincang isu2 semasa di media sosial ni sebenarnya tak akan habis. Semua ada pendapat masing2. Akhirnya kita akan “agree to disagree”.

Baik kita guna masa berdebat di media sosial tu untuk fikir hala tuju syarikat dan inisiatif untuk membantu komuniti kita.