100 pelanggan pertama

Di Kongres ABS 2017 tempoh hari, saya ada menceritakan pentingnya mendapatkan 100 pelanggan pertama untuk mencapai “product-market fit”.

Berikut adalah step2 yang kami buat untuk dapatkan 100 pelanggan pertama:

1. Lancarkan Google AdWords. 3 tahun lepas, keyword2 berkaitan dengan perkhidmatan lori tidak ramai orang target. Sekarang? Terlalu ramai!

2. Tulis pengalaman membina TheLorry di Medium (https://medium.com/@Nadhir…/making-thelorry-com-3f974dafc9a8)

3. Lancar FB ads untuk promosi artikel Medium kepada usahawan2 di Malaysia.

4. Antara yang perasan artikel tersebut adalah Mohd Fazreen JasniAman Firdaus serta pelabur2 angel.

5. Amanz Network publish artikel Medium tersebut dalam website mereka (https://amanz.my/201476196/)

6. Kosmo! ternampak artikel Amanz dan hubungi saya untuk buat interview. (http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp…)

7. Artikel Kosmo! dan Amanz menjadi “turning point” daripada segi brand awareness dan juga proses membina kepercayaan pelanggan & pengusaha lori.

8. Sejak dari itu, bookings pelanggan serta signup daripada pengusaha lori lebih rancak.

9. Beri 110% daripada segi khidmat pelanggan. Pada 5 bulan pertama saya (i.e. “Adam”) yang menjawab semua panggilan pelanggan + urus operasi.

10. Tanya setiap pelanggan feedback tentang servis dan sekiranya tidak berpuas hati, bagi refund. Bina trust dan word of mouth.

TL;DR
1. Google Adwords
2. Content
3. Great Customer Service

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *