Skil ucapan & komunikasi Dr Zakir Naik

Nadhir is the co-founder of TheLorry. Blogs about entrepreneurship and startups.
Compiling all the different guides for COVID-19 and BCP by leading organisations for entrepreneurs.
Most of it is shared via WhatsApp so might be lost in the flurry of chats. Thought it’d be helpful to put them all in one place.
Contact me if you have other guides that would be useful for this list.
Bain & Co – A CEO Plan for Coronavirus: Actions to Take Now
Bain & Co – COVID-19 Fact Base
Harvard Business Review – A First Time’s Manager To Leading Virtual Teams
Harvard Business Review – Coronavirus + Business
Endeavor – Useful resources to mitigate the effects of COVID-19
Endeavor – Dealing with COVID-19 – Best Business Practices
Enterprise Singapore – Guide on Business Continuity Planning for COVID-19
KPMG – COVID-19 Economic Impacts
McKinsey – COVID-19: Briefing Note
EY – The Resilient Enterprise – COVID-19 Preparedness
2 tahun lepas saya ada tulis tentang aktiviti2 pengurusan saya sebagai founder yang terbahagi kepada tiga fasa – daripada 0 pekerja hinggalah 55 pekerja.
TheLorry kini sudah 145 orang (2.6x pertumbuhan) dan beroperasi di empat buah negara – Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapore (penambahan Indonesia dalam operasi) berbanding 2 tahun lepas.
Pertama sekali staff yang ramai bukanlah tanda ukur kejayaan sesebuah syarikat. In fact, lagi banyak masalah yang datang adalah. Trust me on this.
Cuma sekarang ini kami dalam fasa growth dan sedang membuat sedikit pelaburan untuk jangka panjang. Game kami sedikit berbeza.
Kedua, macam2 pembaharuan yang dilakukan sejak 2 tahun lepas. Inisiatif yang berkesan untuk fasa 55 orang tidak lagi berkesan apabila sudah 145 orang.
Akan saya huraikan di bawah.
Tulisan asal di sini: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10155543755748892
.
Pengalaman pengurusan ~6 tahun ini boleh dibahagi kepada lima fasa:
.
Fasa pertama (0 – 10 pekerja)
———————————-
[Tugas2 Founder]
+ Founders handle semua department
+ Fokus kepada kerja/execution (tak ada masa nak fikir strategi)
+ Style pengurusan lebih kepada micro manage (teliti semua perkara)
+ Travel untuk dapatkan lebih ramai pengusaha lori
[SOP]
+ SOP tak wujud
[Meeting]
+ Satu meeting untuk seluruh syarikat
[Komunikasi]
+ Komunikasi syarikat melalui WhatsApp
[Target/Insentif]
+ Tiada target & insentif
[Demografi staff]
+ Majoriti fresh grad & kawan2
[Hubungan antara staff]
+ Lebih personal dengan semua team members
.
Fasa kedua (11 – 30 pekerja)
———————————-
[Tugas2 Founder]
+ Head of Department (HOD) sudah dipilih dan diberi kuasa, Founders fokus kepada satu/dua department sahaja
+ Fokus kepada execution dan strategic thinking
+ Style pengurusan 50-50 micro/macro
+ Travel untuk dapatkan lebih ramai pengusaha lori + fundraising
[SOP]
+ SOP asas – verbal
[Meeting]
+ HOD meeting mingguan
+ Town Hall bulanan
[Komunikasi]
+ Komunikasi syarikat melalui WhatsApp & Email
[Target/Insentif]
+ Tiada target & insentif
[Demografi staff]
+ Majoriti fresh grad & kawan2
[Hubungan antara staff]
+ Masih boleh personal dengan beberapa team members
.
Fasa ketiga (31 – 55 pekerja)
———————————-
[Tugas2 Founder]
+ 100% empower hal ehwal operasi kepada Country Managers – Malaysia, Singapore, Thailand
+ Fokus kepada strategic thinking dan expansion
+ Style pengurusan 80% macro. (Ada la beberapa orang kena micro sket)
+ Travel untuk kembangkan syarikat & fundraising
[SOP]
+ SOP asas – bertulis
[Meeting]
+ HOD meeting mingguan
+ Town Hall bulanan
[Komunikasi]
+ Komunikasi syarikat melalui WhatsApp & Email
[Target/Insentif]
+ Target bulanan & insentif KPI bulanan
[Demografi staff]
+ 80% fresh graduate – 20% staff berpengalaman
[Hubungan antara staff]
+ Kurang personal dengan team members
.
Fasa keempat (56 – 100 pekerja)
———————————-
[Tugas2 Founder]
+ 100% empower hal ehwal operasi kepada Country Managers – Malaysia, Singapore, Thailand & Indonesia (tambah 1)
+ Fokus kepada strategic thinking dan expansion
+ Style pengurusan 80% macro – lebih kepada memberi motivasi, menyelia, memantau, membantu menyelesaikan masalah
+ Travel untuk setup operasi di luar negara & fundraising
[SOP]
+ SOP menyeluruh – bertulis
[Meeting]
+ Country-level HOD meeting mingguan
+ Tiada regional-level HOD meeting
+ Town Hall bulanan
[Komunikasi]
+ Komunikasi syarikat melalui Basecamp
[Target/Insentif]
+ Target 3 bulan & insentif KPI 3 bulan
[Demografi staff]
+ 30% fresh grad + 50% staff berpengalaman + 10% staff senior
[Hubungan antara staff]
+ Kurang personal dengan team members
.
Fasa kelima (101 – 145 pekerja)
———————————-
[Tugas2 Founder]
+ 100% empower hal ehwal operasi kepada Country Managers – Malaysia, Singapore, Thailand, Indonesia
+ Fokus kepada strategic thinking dan expansion
+ Style pengurusan 80% macro – lebih kepada memberi motivasi, menyelia, memantau, membantu menyelesaikan masalah
+ Menstruktur semula carta organisasi
+ Travel untuk kembangkan syarikat di luar negara
[SOP]
+ Tak ada SOP = mati
[Meeting]
+ Country-level HOD meeting mingguan
+ Regional-level HOD meeting dua minggu sekali (physical/concall)
+ Town Hall bulanan
[Komunikasi]
+ Komunikasi syarikat melalui Basecamp
[Target/Insentif]
+ Target 3 bulan & insentif KPI 3 bulan
[Demografi staff]
+ 30% fresh grad + 50% staff berpengalaman + 10% staff senior
[Hubungan antara staff]
+ Ada staff yang tak kenal dan tak pernah jumpa, terutama di luar negara
.
P.S: Akan dikemaskini semula sekiranya kami cecah 200 orang. Mungkin tahun depan, insyaAllah.
Antara benda yang saya belajar daripada podcast2 Nouman Ali Khan dan saya terapkan dalam soalan2 lazim interview saya adalah:
“Apakah motivasi hidup awak?”
“Apakah yang membuatkan awak bersemangat untuk bangun pagi?”
“Apa sebenarnya yang memberikan awak kepuasan?”
Lain orang, lain jawapan yang saya dapat.
Tetapi secara umum jawapannya tak lari jauh daripada 4 perkara di bawah.
Mungkin mereka akan pilih satu ataupun lebih daripada satu.
1. Prestige (Martabat tinggi)
Motivasi ini lebih kepada mahu mencapai pangkat, jawatan dan nama. Mahu dikenali ramai sebagai individu termasyhur & paling terkenal dalam sesuatu bidang.
2. Money (Harta)
Self-explanatory. Mahu mencari wang, aset dan harta yang sebanyak boleh. Untuk menyara dan memberi kesenangan kepada diri, keluarga & masyarakat.
3. Excellence (Kecemerlangan)
Kebanyakan atlet sukan mempunyai motivasi sebegini. Mahu melakukan yang terbaik dalam sesuatu bidang. 99% tak cukup. Mahukan 100%. Dalam erti kata yang lain – perfectionist. Pangkat, nama, jawatan dan harta tolak tepi.
4. Impact (Impak)
Mahu mencari wang dan menjadi yang terbaik/termasyhur untuk membawa perubahan dan mengubah hidup orang lain. Orang2 sebegini mempunyai matlamat yang lebih tinggi daripada diri sendiri. Mereka mencapai kepuasan sekiranya orang lain mendapat nikmat.
.
Btw, semua jawapan di atas bagus dan tidak ada betul/salah.
Secara peribadi dan juga bergantung kepada jawatan yang hendak diisi, saya akan lebih utamakan calon yang menjawab Impak.
Calon2 sebegini “kena” dengan naluri/DNA TheLorry kerana kami mempunyai misi yang besar untuk memartabatkan & memberi impak kepada pengusaha lori & van di Asia Tenggara.
.
Gambar: Ini namanya gaya presentation “hadouken”
[Ulang siar kerana saya masih dapat soalan sebegini]
Saya selalu ditanya oleh founder baru: “Nadhir, bagaimana ya cara nak beri saham syarikat kita kepada pelabur baru?”
Saya akan tanya kembali, duit pelabur itu mahu digunakan untuk apa?
Adakah:
a) Untuk kegunaan syarikat – membeli barang mentah, tambah pekerja, marketing, tambah premis, etc;
b) Untuk masuk dalam poket pemegang saham yang sedia ada.
.
Sekiranya jawapan adalah (a) maka tuan/puan perlu terbitkan saham baru dalam syarikat. (“Primary”)
Sekiranya jawapan adalah (b) maka tuan/puan boleh jual saham secara langsung kepada pelabur baru. (“Secondary”)
Mari kita lihat contoh untuk dua senario di atas:
.
Senario #1
—
Azman & Lim adalah pemegang saham dalam syarikat Alim Beriman Trading Sdn Bhd.
Mereka mempunyai 100 saham atau 50% syer setiap seorang.
Mereka mahu kembangkan perniagaan ke Indonesia dan mahu suntikan modal baru.
Seorang angel investor bernama Pak Firman berminat untuk menjadi pelabur syarikat ini.
Selepas proses rundingan, Azman & Lim bersetuju untuk menerbitkan saham baru kepada Pak Firman sebanyak 20% syer daripada keseluruhan saham.
Kiraannya:
Azman: 100 saham (40%)
Lim: 100 saham (40%)
Pak Firman: 50 saham (20%)
Total saham: 250 saham
Dalam senario ini, syarikat terbitkan 50 saham baru. Azman & Lim – daripada 50% “dilute” ke 40%.
Sekiranya satu saham bernilai RM10,000 makanya syarikat mempunyai RM500,000 tunai untuk mengembangkan operasi ke Indonesia.
.
Senario #2
—
Menggunakan contoh yang sama, sekiranya Azman mempunyai hasrat untuk kahwin dua dan mahukan duit tunai, beliau boleh menjual saham dalam syarikat beliau kepada Pak Firman.
Azman boleh menjual 20% syer (40 saham) kepada Pak Firman dan sekiranya saham itu bernilai RM10,000 setiap satu, maka RM400,000 masuk ke dalam poket Azman.
Senang hati isteri baru Azman.
Senarai pemegang saham dan syer yang dipegang adalah seperti berikut:
Azman: 60 saham (30%)
Lim: 100 saham (50%)
Pak Firman: 40 saham (20%)
Total saham: 200 saham
Dalam senario ini syarikat tidak dapat apa2 suntikan modal. Hanya dapat pemegang saham baru sahaja yang mungkin strategik untuk bisnes mereka.
Harap bermanfaat!
Media – online mahupun arus perdana – sentiasa mencari konten/berita/cerita yang menarik untuk pembaca/pendengar mereka.
Sekiranya kita ada cerita yang bagus – sama ada produk yang inovatif, kisah jatuh/bangkit, pencapaian yang boleh dibanggakan – ini semua konten yang bagus untuk para media.
Tetapi bagaimana nak pastikan kita dapat liputan?
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
1. “Gaya tak malu”
Cara ini senang tapi memerlukan hati yang kental (muka tak malu). Bagaimana?
Dengan membuat senarai wartawan/produser/editor media yang kita nak sasar dan hantar emel/FB message/linkedin kepada mereka dan cerita perihal syarikat kita.
Antara template yang boleh kita guna:
“Salam [wartawan], nama saya [nama] daripada [syarikat]. [Elevator pitch di sini. Boleh google apa itu elevator pitch]. Baru-baru ini, [cerita kejayaan, cerita produk baru]. Saya berpendapat cerita di atas dapat memberi manfaat kepada pembaca tuan/puan. Sekiranya tuan/puan ingin tahu dengan lebih lanjut boleh hubungi saya di [contact details].”
Keberkesanan gaya tak malu ini bagi saya minima. Daripada 10 emel/FB message/linkedin kita hantar mungkin 2-3 akan respon dan 1 akan buat liputan.
Apa2 pun – belum cuba, belum tahu!
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
2. “Bro, tolong kenalkan aku dengan…”
Ha, cara ini tahap keberkesanan dia tinggi sedikit.
Lebih kurang sama seperti di atas, tetapi dengan menggunakan orang tengah/introducer/referrer untuk kenalkan kita dengan pihak media.
Lagi berpengaruh referrer tersebut lagi tinggi peluang untuk mendapat liputan media!
Sekiranya tuan/puan rujuk kepada post saya sebelum ini: https://www.facebook.com/598083891/posts/10156373087648892 – majoriti liputan media yang TheLorry peroleh adalah dengan menggunakan teknik ini.
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
3. “Thought leader”
Media sentiasa mencari konten2 yang menarik.
Jadi sekiranya tuan/puan adalah seorang “thought leader” atau pakar dalam sesuatu subjek (contoh: hartanah, pelaburan, bisnes, fesyen, poligami etc) – media naturally akan cari untuk melengkapkan ‘story’ mereka.
Nak jadi status “thought leader” ni kena banyak menulis dan bercakap. Pendek cerita kena jadi “media friendly”.
Bagi yang nak guna strategi ini – dah boleh start menulis di FB, Insta atau blog!
Tulis je apa2 pendapat yang sesuai. Sekiranya tulisan itu bermanfaat, insyaAllah ramai akan share!
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Cara “bonus”:
Tulis (komen isu semasa/sensitif) atau lakukan aksi2 (tik-tok pelik2 ke) yang kontroversi. Ha cara ini pun senang juga dan ternyata berkesan untuk dapatkan perhatian.
Secara peribadi – saya cuba jauhkan diri daripada cara “bonus” ini. Ini prinsip peribadi.
Kalau lihat media sosial saya – saya jarang/tidak akan komen isu2 semasa/sensitif. Saya lebih suka sharing benda bermanfaat.
Lagipun, bincang isu2 semasa di media sosial ni sebenarnya tak akan habis. Semua ada pendapat masing2. Akhirnya kita akan “agree to disagree”.
Baik kita guna masa berdebat di media sosial tu untuk fikir hala tuju syarikat dan inisiatif untuk membantu komuniti kita.